Lelucah,Lelablue,LelaManja,lalalala

Welcome To My Porno Site's

Khamis, 31 Disember 2009

kisah itu...

semakin lama semakin perlahan gerak langkah kaki ini, ku angkat seolah2 berat.. teramat berat.. lalu aku berhenti seketika.. aku melihat sekeliling.. kanak2 kecil bermain2, burung2 bebas beterbangan... petang itu aku rasakan bagai waktu berlalu begitu lambat.. sudah beberapa kali aku melihat jam di tangan... "ahhh masih awal lagi" aku bermonolog sendirian...

setelah beberapa ketika, aku menyambung kembali perjalanan yang baru setengah itu, masih ada lagi setengah yg perlu aku gagahi untuk sampai ke destinasi yang di tuju... aku melihat angkasa di bumi sendiri.. cantik dan indah ciptaan maha kaya.. aku khuatir bumi nan indah ini akan musnah... musnah sama seperti kisah aku dan dia... semakin banyak kerosakan, semakin banyak beban yang ditanggung oleh bumi.. begitu juga dengan aku, semakin lama aku pendam perasaan itu semakin benci aku memikirkannya.. aku tidak membenci dia.. aku benci kerna hal ini menjadi terlalu rumit..

Masih ku ingat lagi detik perkenalan itu.. kira2 sebulan yang lepas... melalui dunia blogging jugak aku mempunyai perasan.. siapa cakap dunia alam maya tidak boleh bernafas? aku hanyut selama berkenalan dengan dia.. setiap hari ber 'sms' dan berhubung melalui dunia maya..

Tetibe perasaan itu hilang.. hilang sekelip mata... dengan pantas aku rasakan seperti dirangkul dan direntap... dia mahu pergi.. walaupun pergi hanya sementara.. aku sepi menyendiri.. terasa diri kosong bagai..

aku taw aku harus terima, aku harus sedar bahawa dia hanya dipinjam untuk sementara.. walaupun hanya sebulan walaupun hanya sesaat sekali pun aku tetap gembira jika dia turut gembira..... segala kenangan dan memori itu akan aku dan kami semua kenang sampai bila2.. semoga bertemu lagi...

Blog Baru 2010.. Azam Baru!

well, aku bukan orang baru dalam dunia blogging... sebelum blog ini diwujudkan aku telah memiliki 2 blog lain.. punya ratusan rakan blog, sudah punya click blogger.. tapi kenapa?wujudnya blog ini adalah disebabkan kesilapan aku, kesalahan aku yang dulu.. aku mahu rasa kembali saat2 aku baru memulakan langkah berblogging... tanpa follower, tanpa komen dari rakan2.. aku mahu jadi freelance buat seketika.. mahu bersendiri.. blog aku yang lama aku simpan dalam erti kata lain bercuti sebentar...


aku kosong, sepi yang sangat celaka mula kembali.. menikam2 kepala otak ini.. erghhh.. sakit! semalam seorang rakan blogger yg agak rapat telah pergi ke Bumi Asing bagi menyambung pelajaran kembali.. dulu.. masa dia ada, aku selalu sms, hampir setiap hari kami berinteraksi.. sekarang? Hp aku senyap seperti dulu, sama seperti masa sebelum aku mula2 kenal dia..


Aku beralah demi kawan2.. aku beralah demi persahabatan.. wujudnya blog ni sebab aku mahu melupakan entry2 aku pasal dia.. mungkin aku terlambat..

yeahhh sempena tahun baru 2010 ni, aku nak mulakan hidup baru, azam baru, cita2 baru, teman baru mungkin? bende yang lepas aku terpaksa lepaskan.. janji persahabatan kami berkekalan hingga akhir hayat..

CintaBeng.....